Mike Tyson dakwa drama TV curi kisah hidupnya

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson ini menuduh sebuah drama siri televisyen telah mencuri kisah hidupnya.

Drama bersiri yang berjudul Mike itu akan ditayangkan pada waktu perdana di perkhidmatan penstriman Hulu di Amerika Syarikat (AS) pada 25 Ogos depan.

Ia merupakan drama yang melakonkan semula detik-detik kehidupannya yang kontroversi itu dari zaman kanak-kanak sehingga sabitan rogol pada tahun 1992.

“Hulu adalah versi penstriman ‘tuan hamba’. Mereka mencuri cerita saya dan tidak membayar saya,” tulis Tyson di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dia menambah: “Saya tidak menyokong cerita mereka tentang hidup saya. Ini bukan 1822. Ini 2022. Mereka mencuri kisah hidup saya dan tidak membayar saya.

“Kepada eksekutif Hulu, saya hanyalah seorang yang mereka boleh jual di blok lelong,” tulisnya.

Majoriti saham Hulu itu dimiliki oleh Disney dan ia hanya boleh ditonton di AS.

Drama dair situs https://www.lonelantern.org/ itu menggambarkan Tyson dibuli ketika kecil dan sering dimasukkan ke dalam penjara ketika usia remaja selepas menyertai kumpulan jalanan Brooklyn serta zaman permulaan dalam sukan tinju.

Pencipta dan penulis skrip Steven Rogers baru-baru ini berkata, bahawa dia telah melakukan penyelidikan dan mendapatkan semua pendapat yang berbeza serta tidak bergantung kepada satu sumber sahaja untuk menulis cerita tersebut.

‘Duit banyak pun tak selamat’ – Mike Tyson ramal ajalnya semakin hampir

PETINJU legenda dunia, Mike Tyson baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia percaya ajalnya semakin hampir dan mendedahkan tentang bagaimana duit dan kekayaan tidak dapat menolong dirinya.

Pendedahan itu dibuat melalui podcast miliknya, Hotboxin’ with Mike Tyson.

“Kita semua akan mati satu hari nanti, sudah tentu,” Tyson dipetik berkata demikian, lapor Dailymailuk.

Tyson, 56, kemudian berkata lagi apabila melihat dirinya di cermin, beliau sudah boleh nampak banyak kedutan.
“Dan saya katakan bahawa ajal saya akan tiba tidak lama lagi. Ia sangat hampir,” katanya.

Dalam laporan sama, Tyson turut bercakap mengenai kemasyhuran yang diperoleh sepanjang menjadi petinju termasuk memiliki banyak wang.

Namun kepada https://ackack.net/ beliau mengaku, wang ringgit tidak memberi nilai dan makna buatnya.

“Saya selalu beritahu orang, ramai yang fikir mereka akan bahagia apabila memiliki banyak wang, tetapi apabila anda telah memilikinya, jangan berharap semua orang akan sayangkan anda.

“Dan jika anda percaya anda kebal kerana memiliki wang, percayalah, tanggapan itu salah.

“Adakah wang menjamin kehidupan anda? Ia tidak bermakna kerana jika anda dijangkiti penyakit atau dilanggar kereta misalnya, adakah wang akan menyelamatkan anda?

“Termasuk jika anda mengambil keputusan terjun jambatan!” luah Tyson sewaktu berbincang dengan isteri ketiganya, Lakiha Spicer

Tyson atau dikenali sebagai Iron Mike menceburkan diri dalam sukan tinju pada tahun 1985 dan menewaskan lawannya, Hector Mercedes pada usia semuda 18 tahun.

Sejak itu kariernya ‘meletup’ sebelum dipenjara tiga tahun pada 1991 atas kesalahan merogol seorang remaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *